Assalamualaikum w.b.t.... pada hari ini saya ingin menerangkan tentang beberapa bahagian yang ada di dalam peribahasa iaitu:
SIMPULAN BAHASA
PEPATAH
BIDALAN
KIASAN
KATA KATA HIKMAT
PERUMPAMAAN
SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa .Bisanya bahasa terdiri daripada dua patah perkataan seperti ada hati,batu api,cepat tangan dan sebagainya.
Simpulan bahasa maksud dan contoh ayat.
1.Ayam tambatan-orang yang menjadi harapan dalam sesebuah pasukan
Ayat -Iman seperti ayam tambatan kerana dialah satu-satunya harapan untuk memenangi perlawanan bola sepak.
2 Bagi muka-memanjakan ,memberi layanan yang terlalu baik
Ayat -Ayah terlalu bagi muka kepada anaknya dan membuatkan anaknya keras kepala.
3 Cakar ayam -tulisan yang buruk
Ayat -Tulisan Adib seperti cakar ayam kerana dia baru berumur dua tahun.
4 Darah muda-semangat ,perasaan ,dan jiwa orang muda
Ayat -Walaupun datuk sudah berumur tetapi dia tetap berjiwa seperti darah muda
5 Fasih lidah-pandai berkata-kata
Ayat - Nina sangat fasih lidah dan membuatkan dia mendapat ramai kawan
6.Gigit jari-berasa kecewa
Ayat-Aina gigit jari kerana dia gagal dalam ujian bahasa melayu .
7.Hilang semangat-tersetak kerana terperanjat
Ayat-Auni hilang semangat untuk memasuki pertandingan itu.
8 Ikat perut-menahan lapar kerana hendak berjimat
Ayat-Alia sanggup ikat perut kerana dia kekurangan duit untuk membeli makanan.
9 Jiwa besar -orang yang bercita cita tinggi
Ayat-Arif sangat berjiwa besar kerana dia ingin mencapai cita cita seperti abangnya.
10 Kaya hati-pemurah
Ayat -Puan Munirah sangat kaya hati tehadap anak anak yatim.
1Sejenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya
perkataan yang berpatah patah atau berkerat kerat untuk menyampaikan sesuatu maksud
maksud yang disampaikan jelas dan digunakan untuk memberikan pengajaran ,nasihat dan panduan hidup.
maksud yang disampaikan jelas dan digunakan untuk memberikan pengajaran ,nasihat dan panduan hidup.
BIDALAN
1Bidalan ialah peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata kata yang membentuknya
bidalan tidak mengandungi sesuatu kata kata yang tertentu seperti perumpaman
KIASAN
1Susunan kata atau bentuk atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskan kepada pekara yang lain sama ada dengan menyebutnya , bandingan atau tidak.
KATA KATA HIKMAT
1Kata hikmat merujuk kepada kata kata pujangga ,ulama atau orang bijak pandai .Kata hikmat dijadikan pedoman hidup atau percakapan umum .Bentuknya ringkas tetapi mempuyai maksud yang benar dan dalam.
PERUMPAMAAN
1Perumpamaan ialah susunan kata kata yang paling indah ringkas, dan kemas serta mempuyai maksud yang tersirat .Biasanya ,perumpamaan dimulai dengan kata bagai,ibarat,laksana,seperti danumpama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan